Friday, December 04, 2009

kalo buleh nak jadi cikgu kek kolo pilah...

Apakan daya..


Hari ni bebudak praktikal semua balik kampung. Ini jam baru ade feel nak buat kerja. Semalam macam PASAR. Budak-budak yang praktikal dekat sedozen. Boleh buat team bola. 


Sorang nyanyi lagu Exist..Sorang bukak Sinar FM pakai speaker..Sorang main game..  


P/S - Satu yang best kerja kat tempat baru nih bila time boss gua suruh pergi pick up equipment atau pergi keluar mana-mana.. keluar pagi,pukul 5 petang baru nak balik. HAHAHAHA...


NANTIKAN KEMUNCULAN ENTRI YANG TERBARU LEPAS INI.ADA CERITA PANJANG NAK TULIS. TUNGGU!

Thursday, December 03, 2009

Kadang yang seronok itu ade tak seronok nyer..

Kadang-kadang,seronok jugak kalau lepak buat kerja malam-malam kat ofis,sebab boss belanja burger..tapi yang tak syoknya bila dah masuk 3 hb dia buat-buat lupa nak sain cek gaji gua. Cisdel! 


P/S - Budak-budak praktikal kat tempat kerja baru gua ni buat kerja sambil pasang radio kat internet..pastu pasang speaker beso! Memang tak lama speaker tu..tunggu.. 


Dah macam makcik makcik kerja gomen. MACAM GAMPANG! 

Wednesday, July 22, 2009

Tanggungjawab.


Hi, apa kabor. Tengah buat benda tu. Korek idung ke? Ni Pokcik Kadir kau bercakap ni. Ni, nak kabor ke deme semua, Sila bagi perhatian.

Pokcik sekarang tengah nak buat satu makalah fanzine yang baru. Fanzine ni dalam BM. Nama dia Semenanjung Registar. Deme dengor dok ni? Maka, pokcik nak mintak contribution dari deme-deme semua untuk menjayakan Fanzine ni. Apa saja yang deme nok tulih, maroh kat bos, maroh kat idup, maroh kat pak cik jual air tebu depan rumoh atau tentang apa saja, sila antor kat Pokcik. kalau deme ni fanzine editor dan ada interview lebih, yang tak tersior, sila bagi kat pakcik. Setiap contribution akan dibayar sebanyak lima juta sorang. (Pasal duit takyah risau-Pokcik baru rompak sebuah bank kat mongolia semalam). So hantorkan coretan anda ke : pokcikkadir@yahoo.com

yeah pok cik,ambo telah menunaikan tanggungjawab..  :)

Bosan

Seronok #1

Seronok kerja weekend nih bila isnin jer gua dapat claim cuti.


 Tak seronok bila kerja weekend pulak bila kawan-kawan semua lepak dekat gig gua dekat tempat orang kawen kena layan Caklempung! Dammit.

Tuesday, July 21, 2009

Bosan

Start keje kat manggis nih,jarang-jarang sekali dalam satu bulan gua boleh berehat dihujung minggu. Paling tidak pun masa bulan 6 hari tu, merasa la jugak lepak-lepak dihari minggu. Tapi masuk bulan 7 terus jadi pencacai balik. Nak cilok masa pergi gig pun tak sempat. Gua rasa dah banyak gig yang gua miss. Bebudak memang la tak bising,tapi macam tak best je. Nampak sangat yang gua ni terlebih rockstar dari dieorang. Time perform je mesti gua takde. Gua pun tak faham la kenapa orang buat gig pada hari minggu dan orang kawen pun mesti nak kene hari minggu. 


Ada sape-sape nak bagi job yang tak kerja pada sabtu dan ahad tak?

Cerita pagi

Lagi beberapa minit sebelum pukul 9...

Pagi tadi masa turun bukit depan apartment gua terdengar ade sorang mamat berbangsa india panggil gua..

"Bang tumpang bang..."

Gua pusing tengok ke belakang dia duk lambai-lambai tangan suruh gua berhenti. Gua sedar sebenarnya gua dah lambat ke kerja. Tapi apa salah nya tolong orang. Hari ni hari dia..esok-esok mana tau hari kita jalan kaki turun bukit pulak..mau berpeluh satu betis.. 

Atas motor kalau tak sembang tak rempit ah beb. Jadi sesi suai kenal bermula. Klise! Tanya gua duk mana. Keje ape. Asal mana. Gua jawab lebih kurang jer sebab memang gua dah terlambat pergi keje. 

Mula-mula nak tumpang depan kat bustop je. Lepas tu cakap depan sikit lagi.. Last-last yang gua tau gua dah stop kan dia dekat Sri Rampai. Gua keje Melawati. Apa nak buat kan. Masuk keje tadi pun takde la lambat sangat. 9.22 pagi. 

Memang kat atas bumi ni ada orang jahat dan ada orang baik. Orang jahat nak menipu orang baik dia akan berbuat baik dulu dengan kita. Sedar-sedar je kita dirompak oleh dia. Atau pun tiba-tiba dia larikan skuter kita. Dan hari ni gua rasa gua tak salah tumpangkan orang. Lepas dia turun dari skuter,baru gua perasan dia pakai helmet putih ada logo POLIS dekat belakang dan kasut but tinggi yang biasa polis trafik pakai tu. Patut la dia sembang lebat sangat atas motor. Polis rupanya yang tumpang motor gua. 

Lepas gua tulis entri ni baru gua terpikir...kalau lah pagi tadi gua tumpangkan PENYAMUN.. 

Sorry!

Im sorry for everything. 

Tuesday, June 30, 2009

Never too late...

6.30 PM


Timing dah cun dah ni. Kalau turun awal 10 minit kang,takde orang pulak. Kalau turun lambat 10 minit kang tak puas main pulak. Biasanya,pukul 6.30 gua dah tercongok atas pagar sekolah. Sambil tunggu budak-budak yang lain datang..kalau bab main bola memang lambat sikit. Cube bagitau kat dieorang lepas main bola ade buat bakar ayam kat balairaya,memang laju! 


Bola start main pukul 6.40 atau 6.45. Tak pernah awal dari tu. Kalau bab kehadiran memang fail. Budak-budak kampung gua ni bukanya suka datang awal pun. Jadi susah sket lah nak tukar waktu main bola kepada pukul 5 petang. Kiteorang kalau main bola ni takkan stop selagi orang kat surau tak azan maghrib. Kene molek,hari tu mic kat surau rosak. Sampai gelap laa duk kejor bola lagi. Korang pergi la mana-mana kampung tanya la kat pakcik-pakcik kat situ..kebanyakannya jawab dieorang suka main bola pukul 6.30 petang... Dekat-dekat nak magrib baru nak abis. Stended la.Purata budak-budak yang main bola pulak, semua minat ke motor. Jadi,hari jumaat diisytiharkan cuti dari main bola. Sebab jumaat ade bundle kat pantai batu buruk. Rugi la kalau tak turun batu buruk. Letih lap motor. 


Biasanya,waktu permainan yang ada ni digunakan sebaik nya. Contohnye,main bola pakai gol besi yang kecik. Takde goalkeeper. Jadi kawasan permainan pun jadi kecik. Kat situ boleh la jimatkan masa sikit. Sebab nak lari pun dekat je. Walaupun main guna gol kecik tapi pernah sekali tu budak-budak kampung gua berjaya tewaskan team kampung sebelah dalam acara bolasepak 11 sebelah. Dieorang trening pakai coach. Turun sharp pukul 5. Memang satu kejayaan yang terbesar dalam sejarah kampung gua. Hahaha.. 



Gitu lah hari-hari. Kalau 6 tahun lepas, bangun jer tido basuh muka terus pergi main bola. Tapi sekarang asal petang je mesti tak tau nak buat apa. Tambah-tambah lagi duduk KL. Dah terbalik. Kalau dulu hidup kat kampung boleh main bola. Sekarang duduk kt KL ni hidup ni dah jadi macam bola. Sekali tendang tergolek..2 kali tendang melantun-lantun..bergolek dan terus bergolek..disepak dan terus ditendang..  


Keseronokan berada di kampung itu sgt priceless..Sekali sekala terdetik jugak dihati ingin kembali ke kampung halaman..tapi bukan waktu terdekat ini..atau mungkin tidak. Bila dah rindu akan semua kenangan dikampung,itu parah! Sebabnya takut lepas ni terkeluar kata-kata TEKAD! Tekad untuk pulang hidup di kampung halaman..


Life must go on..

Nak ke tak nak,HIDUP KENA TERUSKAN. no matter what...


playlist mase tengah menulis : How Long is Too Long? (Alternate) - The Get Up Kids.